klik Nuffnang

Thursday, November 28, 2013

Dah Sampai masanya...Selamat Tinggal




Assalammulaikum buat semua pengunjung dapurmamasya.
Hari ni mama sekeluarga akn berangkat meninggalkan bumi Mesir setelah 2 thn 8 bulan di sini. Byk kenangan manis terukir sepanjang berada di bumi Anbia', peluang dan pengalaman berada di sini sgt berharga....tak dpt mama senaraikan sbb byk yg telah dilalui spjg di bumi Mesir ini.juga terjalin silaturahim bersama sahabat handai di sini.....wpun jauh di mata dkt hati.Semuanya akan mama kenang dalam ingatan.


jua yg akn kekal dalam ingatan keindahan Sg Nil....krn pertama kali sampai dulu penginapan mama sekeluarga betul2 dpn Sg Nil. dan Sg Nil pasti akn dilintasi setiap kali mahu ke bandar utama...hanya gambar sahaja dpt ditatap selepas ini.


Gambar kenangan Syakirah bersama guru dan rakan sekelas tadikanya...wpun hanya bbrapa bulan di sekolah PISC tapi hubungan mesra bersama guru dan kwn2 pasti akn diingati.....


Syakirah bersama guru kelas , Ms Ala....


ciuman dari seorg guru.....


Syafiq bersama rakan2 Yr 5....


Syakim bersama rakan2 YR 7


Syazrin dg rakan2 kelas YR 3


Slmt tinggal my home sweet home....selama 2 thn 8 bulan di Mesir kami di sini.... Geziret Arab Street, Mohandessein, Cairo. Di rumah ini anak-anak membesar....Syakirah dari umur 2 thn dah masuk tadika. byk kenangan manis di rumah ini....


Slmt tinggal bumi Anbia'...disini hanya persinggahan....mengutip peluang dan pengalaman yg ada. Sudah sampai masa pulang jua ke tanah air sendiri...buka lebaran baru di Msia pula.... InsyaAllah ada kelapangan mama akn update blog.maaf jika ada salah silap... مع السلامة....Ma'a salama

Thursday, November 21, 2013

Red Velvet Cheese Cake Meleleh



Assalammulaikum . moga semua sehat sejahtera dan tkasih buat semua yg singgah dapurmamasya.
Maaf jika ada teman2 yg mama tak buat kunjungan balas sbb dlm minggu ni sibuk sgt sbb brg dah mula packing.wpun packers yg dtg packingkan barang tp kena juga kemaskan dan asingkan brg utk mudah mrk packing.Masih ada sikit lagi yg belum selesai......penat sungguh....
Wpun penat sbb dah bbrapa hari berkemas, mama cuba juga update blog hari ini, nak kongsi resepi Red Velvet Cheese Cake Meleleh yg dibuat beberapa hari lepas utk bawa ke pot luck rumah kwn dan juga mr husben bawa sedikit ke office. Dah lama sebenarnya teringin mencuba sejak ramai tayang Cheese Cake Meleleh...atau Lava Cheese Cake. tapi tangguh hinggalah dah dkt nak balik ni barulah merajinkan diri membuatnya sbb nak habiskan stok cheese dlm peti ais.


Tapi Cheese Cake Meleleh mama buat taklah meleleh sgt sbb mama tak ikut sukatan resepi utk cream cheese sbbnya nak habiskan stok cheese dan whipping cream tp resepi yg betul adalah spt di bawah. Utk kek pula, mulanya nak buat span kek tp ovelatte dah tamat tempoh pula jadi tukar buat RVC. Resepi RVC ni sama spt mama buat sebelum ini, dah beberapa kali guna resepi RVC yg sama, boleh klik sini.Tapi utk mudah dikongsikan resepi di bawah, tkasih kZai dan k.Mon kongsi resepi RVC yg sedap ini.Saiz kek ni besar dpt 2 loyang 8 in, kalau famili tak ramai buat 1/2 adunan pun dah cukup.

Red Velvet Cake
Resepi; K.Mon @ Nina Suria
Sumber; k.Zai @ Dapur Impian
Oleh; Dapurmamasya

bahan
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - letak 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk nota di bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - guna baking powder
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk (buttermilk dicampurkan pewarna merah), berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota:
1.Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
2.Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.- bakar dlm loyang 9' dpt 2 biji kek @ loyang 10'x 10'

Untuk resepi cream Cheese Cake Meleleh sepenuhnya menggunakan kek span kek boleh tengok di blog Rahel Blogspot dan Fb Anida Hussain, dan mama kongsikan resepi utk cream spt dibawah;tkasih buat Rahel dan Anida.

Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
tips nak bagi lagi cair tambahkan sikit2 susu cair uht dan whip cream sampai meleleh

Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut

Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.


dapat 2 bekas, 1 utk bawa ke rumah kwn dan satu bekas lagi mkn di rumah & mr husben bawa ke office.


Jamuan di rumah kwn....kwn mama menjemput mama dan bbrapa ladies utk meraikan mama yg akn pulang. Mcm2 kuih ada dg hidangan berat mee bandung dan nasi lemak .


Tkasih byk tuanrumah' K.Rozie yg sudi meraikan mama dan menyediakan hidangan yg sedap dan tkasih kwn2 yg dtg meraikan yg juga ada bawa makanan.happy mama bila diraikan begini, akn jadi ingatan manis buat mama.....tkasih buat teman-teman!


RVC yg mama bawa ke rumah kwn....


ni yg utk mkn di rumah mama letak extra cheddar cheese....


parut byk2 atas kek sbb nak habiskan cheddar cheese.


wpun kurang meleleh tapi rasa tetap yummy dan staff mr husben yg mkn kek ni komen sedap kek......

Saturday, November 16, 2013

Serimuka utk Majlis di Grand Nile Tower




Assalammulaikum. moga semua sehat sejahtera dan tkasih buat semua yg singgah dapurmamasya.Pada para guru selamat bercuti pjg.
Entry kali ni nak kongsi kuih serimuka mama buat utk satu majlis pada 12 Nov lepas anjuran Embassy Malaysia yg diadakan sebelah malam di Grand Nile Tower. Tetamu jemputan terdiri dari rakyat Msia yg berada di sini dan para tetamu dari negara lain.
Sama spt thn lepas mama buat serimuka juga utk majlis yg sama. Dan 2 thn lepas pula , mama buat apam polkadot dan apam mekar juga utk majlis yg sama, boleh tengok sini.
Selain mama ada juga beberapa org kwn mama yg buat kuih serimuka.....5 org semuanya yg buat.Dan semua kuih serimuka habis licin.....menurut mrhusben dia dpt kepingan yg last sekali....rupanya ramai peminat seri muka.


Sehari sebelum itu mama mencuba satu resepi serimuka yg lain sbb ingat nak sediakan utk majlis serimuka resepi yg baru tp tak menjadi....atasnya agak lembik wpun dah kukus agak lama melebihi 1/2 jam.Jadi mama guna saja resepi sama yg pernah buat sebelum ini. Kali ni mama buat 2 adunan.....atas permintaan utk mama sediakan dlm 50 keping. Utk pulut mama kukus sekaligus, dan kemudian mama bahagikan 2 utk kukus lapisan atas. Nasib baik elok tak meragam....biasa kuih yg berkukus ni kdg2 buat hal juga...itu yg tak berani nak kukus semua sekaligus. Dari 2 loyang ni....mama potong 60 kpg utk majlis dan selebihnya utk mkn sendiri di rumah. Utk mudahkan rujukan mama copy semula resepi di sini;

Kuih Serimuka
Sumber; Blog Ijan @ Adunan Citarasaku dan Blog K.liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan A
2cwn beras pulut-rendam 2jam
2 1/2cwn santan cair - 2 cwn dah cukup (mama guna 3/4 pek santan debu S&P)
sedikit garam - pastikan garam letak secukupnya utk rasa lemak pulut

Cara
1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.
2. Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.
3. Lapikkan pelastik dan sapu minyak dalam loyang bulat atau 4 segi berukuran (8 X 8)(mama guna loyang 7' x 10')
4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.
5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan lapisan atas/hijau.
NOTA: untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang bersama santan dan garam..pastu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup. kukuskan sehingga 30 minit. Keluarkan dan kacau rata..pastu tekan pulut dalam loyang yg mahu digunakan untuk kueh serimuka supaya mampat dan kemas..then baru masuk kan lapisan atas..

B[lapisan hijau]
2cwn santan pekat - (mama guna 1 1/2 santan debu S&P)
1/2cwn t kastad + 1 sdb t ubi
1/2cwn t gandum
1bj telor
1/2cwn gula pasir - tambah@ 3/4 cwn gula kalau nak manis
sdkt garam
3-4 helai daun pndan - guna pandan paste
sedikit pewarna hijau[jika perlu]

cara2nya:
1.blend d pndn dngn sdkt air.tapis..campur dngn santan...jdkan[ 2 cwn santan pekat]
2.Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.
3. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
4. Kukuskan lebih kurang 30 minit.
5. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau pelastik.


60 keping serimuka dah berbalut plastik siap utk majlis yg diadakan di Grand Nile Tower, yg terletak dpn Sg Nil......majlis apa? nanti kalau sempat mama kongsikan gambarnya....

Thursday, November 14, 2013

Kenangan Manis Farewell atas kapal.... Nile cruise



Assalammulaikum. moga semua sehat sejahtera dan tkasih buat semua yg tinggalkan komen. Maaf jika ada komen mama belum buat kunjungan balas, masa begitu terhad skrg....sibuk packing brg.
Pada 3 Nov lepas, satu majlis farewell telah diadakan atas kapal untuk mama dan juga wife duta Thailand. Wife duta Thailand berpindah ke India pada bulan Nov ini juga. Majlis dianjurkan oleh ALC (ASEAN Ladies Circle).Ramai ahli dari negara ASEAN yg dapat hadir kali ini.Satu majlis yg cukup manis.... akan mama kenang selalu......cukup istimewa krn diadakan di atas kapal menyusuri Sungai Nil.
Tak nak bercerita panjang...jom tengok gambar menyusuri Sg Nil, sungai terpanjang di dunia, 6,853 km panjang yg merentasi bandar Cairo.View yg cukup menarik sepanjang Sungai Nil...


perlayaran menyusuri Sg Nil mengambil masa 2 jam


sebahgian yg hadir dari negara Msia, Brunei dan Indonesia...


ahli dari Indonesia


Isteri Duta negara ASEAN yg hadir, Brunei, Thailand, Singapore dan Indonesia. turut sama setiausaha ALC




view jambatan.....sayup kelihatan.


gambar bersama isteri Duta negara ASEAN.










sesi perkenalkan diri oleh ahli baru....










menikmati jamuan ringan...


cuacapun nyaman saja dg sesekali angin menyapa sbb dah mula masuk musim sejuk...


hotel Four Season dg view Sg Nil...


sepjg Sg Nil byk restoren...


ada juga kapal berlabuh...


lagi restoren tepi Sg Nil


view jambatan dan bangunan....menarik...


2 jam perjalanan tidak terasa....


last photo beramai2 sebelum pulang.....kenangan bersama ladies dari negara ASEAN


utk naik boat, kami kena masuk ikut kapal Monalisa, barulah jumpa bot.

Monday, November 11, 2013

Kenangan Aidiladha 1434



Assalammulaikum. moga semua sehat sejahtera dan tkasih buat semua yg tinggalkan komen.
Dah masuk tahun Hijrah 1435, baru berkesempatan nak update kisah Aidiladha 1434 yg lalu. Biarpun dah lama berlalu mama kongsikan juga utk kenang-kenangan. Apatah lagi aidiladha kali ini yg terakhir di sini....satu kenangan manis yg tak akan dilupakan.Kalau sebelum ini mama kongsi kisah misi mencari unta dan biri untuk korban, boleh tengok sini misi mencari unta.Kali ni nak kongsi kisah majlis korban pula....majlis dibuat secara gotong royong bersama. Tak nak berceloteh pjg, terus tengok gambar.....

Kisah Hari Raya Pertama Aidiladha di Dewan Malaysia.


Syakirah bersiap2 utk ke tempat solat.....berjubah pink sedondon dg mama.


Awal pagi dimulai dg solat sunat hari raya.


mendengar khutbah raya..


bhg jemaah wanita....tak ramai sbb ramai yg masih bercuti di Msia.


Kemudian menikmati juadah raya....


ada nasi dan lain-lain..











Selepas Jamuan di adakan Majlis korban...


korban seekor unta yg dibeli sehari sebelum,


utk korban juga seekor lembu


dan 2 ekor biri2...


lembu sdg diikat tali di kaki sebelum di sembelih


pengalaman buat anak2 dpt melihat majlis korban


lembu siap sedia utk disembelih..


melapah unta....ramai2 yg buat...


giliran biri-biri utk dikorbankan..


melapah biri-biri


melapah lembu...


lagi ramai2 melapah unta


gotong royong potong tulang dan daging...


sementara itu.....yg anak2 ceria dapat kumpul ramai2...


ceria Syakirah dg kwnnya.....


berehat sementara menunggu majlis selesai...


pembahgian daging...


penyerahan daging korban oleh TYT Dato' Duta

kpd semua yg datang dan membantu

tgh hari....lunch dg daging korban...sup daging

juga kari...

Kisah Hari Kedua Aidiladha di Kedutaan Malaysia.


Pada hari kedua diadakan juga majlis korban di Kedutaan Malaysia


hari kedua korban 3 ekor unta, 1 lembu dan 1 biri-biri


unta yg akan dikorbankan



melapah unta yg dah siap sembelih


timbang daging utk dibahagikan..


potong daging beramai2..


tempat masak daging korban utk hidangan lunch.....mengintai tempat sembelihan diluar tingkap


potong....persiapan utk masak hidangan lunch

potong daging..


daging yg dah siap dimasukkan dlm plastik utk diagihkan buat semua.


selesai sudah kisah Aidiladha 1434...pengalaman pertama mama menyaksikan korban unta....thn terakhir beraya di sini baru dpt tengok......pengalaman yg cukup menarik.

Klik Nuffnang2