klik Nuffnang

Wednesday, October 17, 2012

Alhamdullilah.....



Alhamdulillah......dapat beberapa berita gembira minggu ni. Syukur di atas setiap anugerah Allah Dunia & Akhirat, semua milik-Nya, ketentuan-Nya. Tidak lupa terimakasih atas doa dan harapan keluarga...juga sahabat handai.syukuri nikmatMu ya Allah.
Lain berita biarlah mama simpan dulu, hanya nak kongsi berita gembira ini....Alhamdullilah selesai urusan visa dan tiket utk kami berdua menunaikan ibadah haji thn ni....syukur kerana diberi peluang menjadi tetamu Allah dalam beberapa hari lagi.


InsyaAllah penerbangan dari Cairo ke Madinah pada 20 Okt nanti. Resah juga menunggu kelulusan visa sebelum ini sbb urusan permohonan visa agak lewat dihantar tp syukur semuanya dapat selesai. Rasa syukur dan gembira dapat berpeluang ke Tanah Suci tp terasa sedih juga meninggalkan anak-anak utk seketika waktu, hanya dpt doakan anak-anak tersayang baik-baik saja spjg ketiadaan kami berdua.
Dengan ni Blog dapurmamasya berehat dulu......t.kasih buat semua yg dtg berkunjung. Maaf dipinta jika ada salah dan silap...terkasar bicara selama ni.halalkan mana-mana resepi yg mama cuba dan kongsikan di sini. Moga semua rakan-rakan siber, sanak saudara dan pengunjung blog ni sentiasa dirahmatkan Allah dengan segala kebaikkan dan kebahgiaan. Doakan kami sihat sejahtera dan dipermudahkan segalanya sepjg di sana.
salam manis...salam mesra dari Mamasya....InsyaAllah ada kesempatan kita bersua lagi.

Monday, October 15, 2012

Butter Prawn.....Puas hati sudah!



Assalammualaikum....moga semua sihat ceria dan sejahtera selalu.
Terimakasih buat semua yg berkunjung blog mama ni, terutama rakan blog yg sudi tinggalkan komen, maaf jika belum sempat buat kunjungan balas....teringin nak kunjung balas semua tp apakan daya masa agak terhad, sibuk sbb minggu ni beberapa perkara yg perlu diselesaikan segera.Tetamu pula...dah slmt pulang hari sabtu...gembira mrk...kami raikan dg xtvt jalan2 antaranya ke Piramid, Sg Nile,Tasik Qarun, Istana Firaun, Masjid2,Citadel...shopping jubah di Kardasah, shopping di Pasar Khankalili dan makan-makan....mama sempat hidangkan laksam, soto dll.
Entry ringkas hari ni.....butter prawn yg dibuat hujung bulan lepas setelah tergoda nengok hasil butter prawn Sheila. Apatah lagi dah lama tak buatnya...stok udangpun banyak di rumah....mama pantang kalau keluar belanja brg dapur, nampak udang fresh pasti beli sbb seafood lain susah nak dpt.

DSC_3011_zps22fc82ed

Dan hasil sarang telurnya.....puas hati.... rasanya dah elok kejadian rupa paras sarang telur utk percubaan kali ni...tp boleh cuba lagi buat....kalau nak lebih cantik jadinya. Dan utk resepi pula... kelainan resepi butter prawn ni dr yg pernah dicuba dulu sbb ada letak lada hitam dan susu....enak rasanya. T.kasih buat Chahaya Sheila yg berkongsi resepi butter prawn ni. Utk telur itu mama letak dlm botol sos....senang nak tuang dlm kuali.

Butter Prawn
Sumber; Spices Journey @ Chahaya Sheila
Oleh; Dapurmamasya

SARANG TELUR/FLOSS :
2 biji Kuning Telur
Sesenduk Butter/Margerin
Secawan Minyak

Cara
Pukul ringan kuning telur. Boleh tambah atau gandakan lagi kuning telur dan bahan di atas jika suka floss yang banyak. Panaskan Butter/Margerin bersama minyak.
Sebaiknya gunakan senduk bulat. Bila minyak dalam kuali sudah betul betul panas, pusing pusingkan dengan senduk tu laju laju membentuk bulatan sehala tanpa henti yer.
Kemudian tuangkan kuning telur tadi, tuang tinggi sikit supaya yang jatuh ke dalam kuali tu halusss jer. Teruskan pusing minyak tu laju laju dan tuang hingga habis. Pusing terus senduk tu sehingga telur tu masak bewarna keemasan.
Setelah masak tuangkan ke dalam tapis seperti tapis santan ker untuk toskan minyaknya

BAHAN BAHAN :
12 ekor Udang size besar atau Sederhana
Sedikit Garam
Sedikit Lada Sulah
Minyak untuk menggoreng
3 ulas Bawang Putih ~~ dicincang
6-8 tangkai Cilipadi ~~ dihiris
5 tangkai Daun Kari
1/4 cawan Susu Cair
Sedikit Butter/Margerin untuk menumis
Sedikit Serbuk Lada Hitam/Putih ~~ jika suka
Garam secukup rasa

Cara
Mula mula goreng dulu udang yang digaul dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng hingga agak berubah warna dan masak jer. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantek dan agak keras bila dimakan. Angkat dan toskan minyaknya. Keluarkan minyak tu dari kuali, tak nak guna lagi.
Panaskan butter/margerin di dalam kuali dan tumis bawang putih, cilipadi dan daun kari hingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan susu cair dan masak sebentar. Masukkan udang yang kita goreng tadi, sedikit serbuk lada hitam/putih dan garam secukup rasa. Jangan bubuh banyak sangat garam yer sebab butter atau margarine tu pon ada garam gak. Takut masin sangat pulak nanti tak syiok pulak nak meratah ratah.
Setelah semua bahan masak dan mesra bolehlah dimasukkan ke dalam pinggan hidangan dan taburkan Sarang Telur/Floss yang kita buat tadi. Siapp.. Senang kann..

DSC_3021_zps6fa30f8e

sedap ratah gitu saja......

Thursday, October 11, 2012

Daging Masak Hitam Yang Sedap




Assalammualaikum.....bersua kembali, moga semuanya sihat ceria.
Baru beberapa hari tak update blog....dok teringat2 pula...tetamu dah tiba di rumah pagi Isnin. Dari Isnin hingga Rabu...bawa mrk jalan2 dan shopping sekitar Cairo. Xtvt masak2 tak adalah sgt sbb byk keluar. Esokpun rancang bawa jalan2 lagi...meraikan tetamu sebelum mereka balik hari sabtu nanti.
Lapang sikit ni dptlah mama update blog...lagipun gambar dah upload dlm draft, iaitu Daging masak hitam yg dimasak baru2 ni...resepi dah lama print tp baru sempat membuatnya.

DSC_3064_zps20764610

Spt komen Ratna, sedap masakan daging masak hitam ini....dan ikut selera mama pun sedap rasanya , t.kasih Ratna & Ida berkongsi resepi. bahan2nyapun yg biasa ada di dapur...

Daging Masak Hitam
Sumber; Dari Dapur MadihaA & Fp Ida Marlida. Asal Majalah Mingguan Wanita
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2
1 kg daging (dipotong nipis)
3 ulas bwg merah (dihiris)
2 ulas bwg putih (dihiris)
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar
4 biji bwg besar
3 inci halia
4 ulas bwg putih
20 biji cili kering - letak hanya 2 sb cili kering siap blender
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar - tambah

Cara
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)

DSC_3062_zps8f689618

Kalau ada yg berkenan silakan mencuba daging masak hitam ni....

Sunday, October 7, 2012

Ayam Bakar Black Pepper Mayonis



Assalammualaikum buat semua...slmt berhujung minggu...moga sihat dan ceria.
Dah seminggu masak biasa2 saja tp setiap hari pasti ada lauk ayam sbb lauk ayam yg anak2 paling suka.nampak anak2 tak selera pula mkn minggu ni, mungkin sbb mama masak sempoi....jadi hari khamis lepas masak ayam bakar dan sup tulang...antara lauk kegemaran mrk. Utk ayam bakar, kali ni cuba resepi ayam yg dicampur dg mayonis.....ayam bakar mayonis ni dah lama org lain cuba tp mama baru nak mencuba.Resepinya lebih kurang mcm ayam bakar blackpepper yg pernah dikongsi sebelum ini cuma ditambah dg mayonis.....sedap ayam bakar ni....anak2pun suka.

DSC_3292_zps99a7e02f

Resepinya mama jumpa masa jln2 ke blog Hana.Bakar 5 peha dan sapu minyak zaitun utk bg ayam nampak kilat dan juicy...kalau nak sapu butterpun boleh.utk lain2 tip bakar ayam pernah kongsi sebelum ini, boleh tengok sini .

Ayam Bakar Black Pepper bermayonis
Sumber; Hana's Family asal Rosjintan
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahannye
1/2 ekor ayam ( bersihkan dan cucuk dengan garpu)
1 sudu kecil blackpaper
2 cm halia ( agak-agak je)
2 biji bawang putih
1/4 biji bawang besar
1 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap manis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mayonis
sedikit lada sulah

Caranya
1. Blender bawang besar, halia, bawang putih dengan sedikit air sehingga hancur, kemudian curah di dalam bekas dan campur gula, lada sulah, garam, madu dan lada hitam.
2. masukkan ayam dan akhir sekali letakkan mayonis, gaul sebati dan perap di dalam peti ais selama 2 atau 3 jam, bakar pada suhu 190 darjah selama 40 minit, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba. ( kalau perap lagi lama lagi sedap ayam bakar ni, dan bakar biar perang sikit permukaan ayam tu)

DSC_3276_zps12d4b859

ayam bakar dah terhidang....apa lagi cepat2...ngappp.....

Seminggu dua ini mama agak sibuk sikit dg bbrapa xtvt...antaranya meraikan tetamu dr Msia yg dtg menginap di rumah kami selama hampir seminggu dan bbrpa xtvt lain.....mungkin blog akan bercuti seketika 1-2 minggu dan kalau sempat akan cuba update blog. Dan maaf juga jika tak dapat buat kunjungan balas.Terimakasih juga buat semua pengujung blog ni.Salam mesra dari Dapurmamasya

Friday, October 5, 2012

Tauhu bakar...enaknyaaaaa



Assalammualaikum buat semua....moga sihat dan ceria
Semlm seharian dr pagi kat dapur.....mood rajin, masak beberapa menu termasuk siapkan tempahan creampuff yg dah tertangguh beberapa hari. Ingat nak tayang menu yg dimasak semalam tp nantilah tayang kemudian....nak kongsi tauhu bakar yg mama buat beberapa hari lepas.Tauhu itu...mama order..pesan sms je,nak pergi beli sendiri jauh.org yg jual setuju hantar ke rumah tp kesian juga sbb dia duduk jauh dr tempat tinggal mama, lepas tu tersesat jauh ke kws lain semasa nak hantar brg, dahlah dtg naik van henti...angkut katanya. Tapi baik juga orgnya wpun dah sesat, masih tak putus asa nak hantar brg2 pesanan tanpa extra kos....ada bbrp lagi brg yg mama pesan spt kangkung, taugeh & tempe. Dan bila dpt brg2 pesanan....suka sgt sbb dah bygkan apa yg nak dimasak....yg utamanya nak buat...tauhu bakar.

DSC_3197_zps4a0d874d

sbb antara makanan kesukaan..selain dr YTF, rojak kangkung....kalau di Msia, bila hari pasar mlm, lepas pejabat biasa singgah beli tp kalau rajin kekadang buat sendiri....sos lebih boleh simpan dlm peti ais. Utk resepi mama guna resepi dr MYR dg sedikit tambahan utk penambah rasa;

Tauhu Bakar
Sumber; My resepi@ Che Iza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 2 org )
* 4 kpg tahu
* 100 gm taugeh
* 1/2 btg timun
* 1/2 biji sengkuang
* * 3 sb lada boh / lada giling-guna 2sb lada kering dah siap blender
* 1 ulas bawang putih dititik
* 2 sb gula merah-lebihkan
* 1 sb gula pasir
* 3 sb air asam jawa
* 2 cwn air
sedikit garam
* 1 sb bijan digoreng tanpa minyak
* kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu
1-2 sk tpg jagung utk pekatkan kuah (campur sikit air) -mama tambah
*1 sb kuah sos rojak - -mama tambah

Cara-cara
1. Tahu bakar hingga masak dan ketepikan.
2. Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
3. Potong kecil2 atau baji sengkuang dan timun
4. Masak semua bahan bertanda * & campur bancuhan tpg jagung, masak sehingga pekat. Consistencynya bergantung pd citarasa masing2 tp baik buat pekat sikit sbb tauhu akan kuar air gak sikit nanti. Bila kuah hampir siap masukkan bijan kacau rata dan matikan api.
5. Potong tahu kecil2, letak taugeh sengkuang n timun, bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit ngan kacang tumbuk, siap tuk dihidang....
6. Sos boleh simpan dlm fridge n boleh tahan lama gaklah, sesuai gak tuk keropok lekor, popia n karipap sayur.. .
Nota dapur mamasya; **Tauhu yg digunakan ni tauhu putih biasa dan bakar dlm grill oven selama beberapa minit hingga nampak kuning dan hangit2 sikit...balik2kan....tak lama membakarnya, kalau tak garing boleh bakar kejap atas dapur.Tp tengok kat pasar mlm mereka guna tauhu dah siap goreng..bakar atas arang kejap.

DSC_3201_zps8809cc20

tauhu bakar....mama suka...tambah kalau tabur byk kcg goreng....enakkk!

Wednesday, October 3, 2012

Kuih Ketayap Hijau Kuning



Assalammualaikum buat semua....
PC mama dah pulih semula setelah bbrapa hari mogok, bolehlah laju sikit update blog tp utk minggu ni saja sbb minggu dpn busy sikit dg pelbagai xtvt. Cuaca disini pula masih panas tp dah hujung2 musim panas....waktu Maghribpun dah awal jam skrg 5.38 ptg...kalau kat Msia anak2 tgh main bolakan masa ni, manakala subuhpun dah lewat sikit tp syuruk awal 5.39 pg.
Berbalik pada entry hari ni....kongsi menu tertunggak lama, masa hujung2 Ramadan yg lalu iaitu kuih Ketayap, buat utk pot luck berbuka puasa yg dihadiri oleh mr husben.kalau ikutkan senang buat kuih yg jenis potong-potong kalau pot luck tp sbb kelapa kering byk...itu yg buat kuih ketayap. bila bulan Ramadan kelapa kering senang dpt di sini.....jual timbang.. di supermarket, kelapa kering diletakkan mcm beras dlm bekas besar tp bila bukan bulan Ramadan tak byk sgt dijual.Kelapa biji ada juga dijual...8-10 Le/RM 4-5 sebiji tp tak da kedai mesin kelapa.

DSC_1157"

Kuih ketayap kali ni guna resepi k.Liza tp intinya letak lempuk macam pernah buat sebelum ini, masa buat kuih ketayap polkadot, boleh klik di sini. lebihan inti boleh simpan tempat beku, bila2 nak mkn senang...hanya buat dadarnya saja.
Kuih Ketayap aka Kuih Gulung
Sumber Fp K.Liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan - ganti pandan paste
mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam
Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda

Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.

DSC_1109"

tentu ramai yg pernah bacakan... mcm2 gelaran diberi pada kuih lucu2 bunyinya, ada kuih paling lembab, kuih paling cun, kuih gangster, kuih paling kaya...kuih paling selekeh ...dan kuih paling alim.


penamat entry kali ni.. buat semua pengunjung blog..... Senyum-senyumlah selalu....
jumpa lagi & salam mesra dari Dapurmamasya

Tuesday, October 2, 2012

Lontong & Sayur Lodeh Pula



Assalammualaikum buat semua.....moga sihat sejahtera & ceria selalu
Sambungan dr entry sebelum ni......sehari selepas buat sate mudah. oleh kerana masih ada nasi impit, maka masak pula sayur lodeh. Sayur ni sekaligus buat makan nasi....tak payah buat kuah lain utk anak2 sbb mrk tak mkn lontong dg sayur lodeh. Nak padankan dg lontong dan sayur lodeh ni.....dg kuah kacangpun sedap....tp mama masak sambal ikan bilis sbb masa pergi open house rumah kwn sebelum itu, ada hidangkan lontong dg sambal bilis....sedaplah pula, teringin nak mkn lagi, itu yg merajinkan diri masak.

DSC_2727_zps27891495

Untuk nak rasa lagi enak kuah lodeh ni, tambahkan juga udang segar, ikut style Noorsha buat...sedap rasa kuah sbb air udang meresap dlm kuah lemak. Resepi asal dari Nadz dan cuba pula oleh Noorsha.....terimakasih buat kedua2 sahabat blogger yg kongsi resepi ni...

RESEPI LONTONG & KUAH LODEH
Resepi Asal : Naz COSK @ Cute Oven Small Kitchen & Pn Hjh Hafsah Hj Mustaffa
Sumber; Noorsha @ 1001 Cerita 1001 Rasa
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan :
5 ulas bawang merah - Noorsha letak 8 ulas
3 biji bawang putih - Noorsha tambah
2 sudu besar udang kering (dibasuh, direndam dan toskan)
2 inci kunyit hidup (boleh juga guna serbuk kunyit)
3 batang serai - dititik
4 cawan santan cair (1 liter)
2 cawan santan pekat (500 ml)
2 batang terung panjang - potong-potong ikut suka
4 biji kentang - potong 8
5 batang kacang panjang - dipotong-potong
1 batang lobak merah - hiris memanjang atau hiris bulat serong
2 keping tempeh - didadu besar-besar - tak letak
Fucuk dan soo hoon - direndam hingga lembut dan toskan
1 cawan udang - versi mak Noorsha ada udang- sama
2 tauhu - versi mak noorsha ada tauhu. goreng seketika
4 biji cili hijau - hiris- add cili merah juga )
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Tumbuk bawang merah bersama udang kering dan kunyit hidup. Masukkan bahan tumbuk dan juga serai yang diketuk bersama santan cair ke dalam periuk dan letakkan atas api dapur.
Bila mula menggelegak, masukkan kentang. Biar separa empuk. Kemudian masukkan sayuran lain dan juga tempeh. Masak hingga sayuran lembut. Kemudian masukkan fucuk dan soo hoon serta cili hijau.
Seterusnya masukkan santan pekat dan sentiasa kacau. Rasakan garamnya. Biar mendidih perlahan di atas api sederhana. Bila telah puas hati dengan rasanya, padamkan api dapur.
DSC_2685

udang ni mmg tak da style lain posing....sama mcm mee rebus..tak da idea udang nak posing mcm mana..

Monday, October 1, 2012

Sate Mudah dgn Kuah Kacang Tanpa Santan



Assalammualaikum buat semua, moga semuanya sihat ceria, t.kasih yg berkunjung ke Dapurmamasya...terutama yg sudi tinggalkan komen, tp maaf kalau lambat buat kunjungan balas sbb PC mama mogok....kenalah baiki dulu. skrg guna komputer anak2....slow yg amat sgt....
Utk entry hari ni...dah lepas rayapun tayang sate.....sebenarnya masak sate hujung Syawal yg lepas tp baru sempat update.Setiap hari sediakan sarapan......tak ada idea nak masak apa utk sarapan....kena sediakan sarapan berat sbb anak2 lambat balik dr sek dan tak suka makanan yg jual di kantin, tak byk pilihan...tak mcm kantin di Msia. Oleh kerana masih dlm bulan Syawal...mood raya, itu yg teringat nak masak kuah kacang mkn dg nasi impit. Kuah kacang masak awal pagi, sempatlah anak2 mkn sebelum ke sekolah, nasi impit dah rebus mlm lagi.
Nak siapkan kuah kacang tak lama sbb beli kacang yg dah goreng dan tak da kulit...beli timbang kat C4...mudah nak guna tinggal tumbuk, kcg tanah yg belum goreng tak jumpa dijual timbang gini di sini. Manakala satenya buat utk lunch, tak sempat utk sarapan....tp mkn belah ptg sbb anak2 balik sek pukul 4 ptg. Utk mudah, mama buat sate ayam goreng tp sbb nak kerja senang, potong ayam....masak seketul2 dan bukan ambil isi semata spt resepi asal...nak cepat dan kurang rajin sebenarnya dan kalau guna kepak ayam lagi mudah spt buat sebelum ni.
Resepi utk sate sama tp buat 1/2 digoreng dan 1/2nya dibakar.....bakarpun tak susah sbb bakar dlm oven....tinggal balik2 saja. Resepi penuh spt di bawah tp mama kena kurangkan serai sbb stok serai dah habis. T.kasih Dj kongsi resepi sate yg mudah ini....sedap rasanya dan sesuai kalau sesekali teringin nak mkn sate tp malas nak cucuk lidi.

Satay Ayam Goreng
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh; Dapurmamasya

bahan-bahan : anggaran
1 ekor ayam (dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil atau diambil isinya sahaja)
air asam jawa secukupnya
gula perang secukupnya
garam secukup rasa
bahan-bahan kisar :
10-12 batang serai - mama hanya letak 4 btg, stok serai terhad...
1 1/2 inci halia
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar - disangai (boleh juga menggunakan serbuk ketumbar)
1/2 sudu makan jintan putih - disangai (boleh juga menggunakan serbuk jintan)

Cara-cara :
Satukan semua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati.
Perapkan semalaman atau sekurang-kurang 2-3 jam.
Sediakan minyak untuk goreng terendam.
Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga keemasan.
***jika menggunakan daging, jangan goreng terlalu lama, nanti jadi liat.

Kuah Kacang
bahan-bahan :
500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
2 1/2 senduk cili giling (Cap Puteri) +/- - guna cili kering tp tak byk
gula melaka @ gula pasir @ gula apong secukupnya
2 batang serai (diketuk)
minyak masak (lebihkan sedikit)
air secukupnya
bahan-bahan kisar:
2 batang serai
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci halia

Cara-cara :
Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak.
Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya. jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak.
kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.


sate bakar mmg sedap sbb isi ayamnya lembut....

tp versi sate gorengpun sedap juga....kena pula dg kuah kacang yg enak....mama suka kuah kacang yg rasa manis2 sikit dan kacang tak terlalu hancur dlm kuah...bila mkn kuah..boleh gigit2 kacangnya itu....

Klik Nuffnang2