klik Nuffnang

Thursday, April 14, 2011

Puding Kastad berkuah



Dessert masa birthday anak2 hari tu selain aiskrim buat puding kastad berkuah. Kalau buat makan-makan suka hidangkan puding kastad berkuah sbb senang dan satu lagi mmg puding kastad ni favorit.



Kalau buat makan-makan biasanya kastad sejukkan dalam bekas besar, masa nak hidang tinggal potong kecik campur dalam kuah dgn buah-buahan.Resepi yg selalu guna sejak dari FP lagi dpt dari Fp K.Leen tp skrg k.Leen dah pindah blog .T.kasih K.Leen.

Puding Kastad Berkuah
Sumber; K.Leen

Bahan
2 cwn tpg kastad
sedikit tpg kastad utk kuah- anggaran 2-3 sb
6 cwn air
2 tin susu cair - 1 2/3 tin susu , 1/3 utk kastad (boleh guna fresh milk)
1 tin buah2an cocktail (besar) - simpan air utk kuah
gula, gula manik , kismis

Cara

1. Masak tepung kastad dengan air dan sedikit susu cair(anggaran 1/3 tin) hingga pkt.
2. Sejukkan kastad dlm bekas kecil2.
3. Utk kuah; didihkan susu,air buah-buahan,gula dan sedikit tpg kastad hingga mendidih.
4.Hidangkan kuah dgn kastad, buah coctail dan tabur dgn coklat manik dll

Nota Dapurmamasya
Tambah 4-6 sb gula dlm adunan kastad kalau nak rasa kastad manis sikit. kalau nak senang bancuh dulu tpg kastad dgn air dlm blender dan tapis kedlm periuk.Kalau buat byk boleh tambah lagi fresh milk dlm kuah dan ais batu, dan tambah juga air gula agar kuah tidak terlalu tawar. boleh tambah nata de coco kalau suka.Kalau mkn sekeluarga yg tak ramai buat satu cwn tpg kastadpun dah cukup.



Kalau dlm cuaca panas....dpt makan puding ni yg sejuk....nyamannnn...

6 comments:

  1. Assalamualaikum Mamasya...waaa sedapnya puding kastad....fav akak n satu family gak nih...Ada lg tak? ^__^

    ReplyDelete
  2. memang sedap nih.. masa buat yasin kat kg dulu tu pun mak ratna buat puding kastard lebih kurang gini gak.. cuma tambah ngan pisang lemak manis goreng.. buah2 tu leh je nak boh bermacam buah kan.. laici & nata de coco pun boleh campur sekali.. mmg best mkn lak sejuk2 letak ais.. yummy...

    ReplyDelete
  3. sedappp nyeee....mai semangkuk...dgn mangkuk2 sekalik...hehehhehe

    ReplyDelete
  4. memang peberet ni puding kastasd...sedapnyeee..mintak semanmgkuk kak..huhuh

    ReplyDelete
  5. aslmkum mamasya..lama tak buat puding ni.. cuaca panas2 dpt mkn desert sejuk2 mmg best

    ReplyDelete
  6. Delicious
    Ne faveret family neyh

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2