klik Nuffnang

Saturday, April 2, 2011

Ayam Madu Sticky



Selamat berhujung minggu buat semua. Entry kali ni nak tayang lauk ayam . Masakan ayam lagi.....anak2 suka lauk ayam berbanding lauk lain jadi asyik-asyik menu ayam yg tayang di blog. Oleh kerana anak-anak suka ayam yg letak madu...manis2 , jadi cuba resepi Ayam Madu Sticky dari dapur Hana pula.

AYAM MADU STICKY
source : hanamemories.blogspot.com ,t.kasih Hana kongsi resepi.

Bahan-bahan

* 1/2 ekor ayam - potong kecil
* 2 inci halia muda - parut
* 5 ulas bawang putih - ketuk
* 2 sudu besar kicap pekat manis
* 1 sudu besar sos tiram
* 2sk maggi seasoning @ sos ikan
* 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
* 3-4 sudu besar madu
* 1/2 sk lada hitam
* 1/4 cawan air
* garam jika perlu

Cara-cara

* Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
* Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
* Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
* Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.



Anak-anak kalau ayam letak madu gini , meratahlah mereka......kejap je sepinggan licin....

4 comments:

  1. kalau dapat kat anak2 saya ni..licin depa kerjakan hehe

    ReplyDelete
  2. salam kenalan, singgah jap tengok umah....bestnya goreng ayam tuh...nak kena buat juga ni, nanti copy resipenya ya, tq

    ReplyDelete
  3. salam rindu mama...
    terima kasih sudi mencuba resepi nih.... skrg nih telan air liur ajer tgk kawan2 masak sedap2 sbb lom sempat lg nak ngadap senduk koli.. hihihi

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2