Pages

Wednesday, February 9, 2011

Cream Puff jagung dan dah ceria kembali..



Edisi ulang tayang masakan dari dapur satu lagi ...kali ni cream puff jagung. Suka sgt dgn cream puff ... inti biasapun sedap.. inti jagung lagi sedappp...yummmmm



Ingat nak buat lagi nanti, anak-anakpun suka...beli seketui 80sen..mahal tul..buat sendiri dapat byk..puas makan sekeluarga.

Cream Puff Jagung
Sumber , Zaliana, My Resepi

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
* 125 gm self raising flour @ tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
* 100 gm butter
* 250 ml air
* 1/2 sudu teh gula
* 3 biji telur
* Bahan-bahan untuk inti jagung
* 1 cawan air
* 1/2 cawan susu cair
* 1 cawan jagung dalam tin
* 1/2 cawan tepung kastad
* 5 sudu besar gula

Cara-cara
Cara-cara untuk puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.
Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan.
2.Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
*- tak spray hanya renjis dgn air.pre heat oven, bakar selama 25 min; 180'C (api atas bawah)
5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung

Cara-cara untuk inti
1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
2.Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff



sebelum masuk oven



tgh bakar dalam oven



dah masak



Ceria kembali..sbbnya mr husben selamat tiba pagi kelmarin 8.2.2011 dengan pesawat MAS dari Jeddah yang turut membawa pelajar-pelajar Mesir . Alhamdullilah semuanya selamat dan urusan berjalan lancar. Anak seronok sekali bila abah dah pulang...Syakirahlah yang paling suka...

10 comments:

  1. Salam pagi Ziela,

    Alhamdulilah suami mamasya dah pulang kepangkuan keluarga tercinta...hilang segala resah gelisah ya...nur pun tumpang gumbira ni...hihi.Suka lah abg Syazrin & Co.

    Hari tu kan hubby Nur ada suruh nur buat cream puff yg ini tapi nur tak reti lah nak buat...hehe...

    ReplyDelete
  2. salam mamasya,
    :D seronok anak-anak dan mamanya. lapar tengok cream puff ni.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Ziela aka mamasya..
    Alhamdulillah akak dah boleh tersenyum..Suka hati naz bila akak dah boleh tersenyum lebar..
    Akak, datang umah Naz amik award ye..
    Nak sikit cream puff tu..

    ReplyDelete
  4. Syukur dah selamat. Sy pun teringin nak buat sekali lagi cream puff ni...suka sgt c/puff.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Mama...

    Sedapnya! cantikknya... Pos Laju Ke Segamat Yer Mama..

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah, hubby mama dah selamat pulang ketanahair....shukur..
    cream puff cantik, bak 7 ketul buat makan petang sorang satu..hehe

    ReplyDelete
  7. sedapnya nampak puff tu....tumpang gembira sbb kerisauan mamasya dah bertukar ceria.....syukur alhamdulillah!

    ReplyDelete
  8. assalam mamasya...wah ni puff memang fav saya ni tapi belum ada keberanian nk cuba...selalu beli jer...btw alhamdulillah semua dh selamat kan.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...dh lega hati mamasya. Buleh main masak-masak dengan senang hati

    ReplyDelete
  10. ma, nape saya punye adunan mcm cair je jadinye.. bila pipe kat dulang.. melepek jadinya.. telebih tekurang apa ye.. 2 x buat.. mula2 langsung cair terus.. kali kedua ok sket bleh pipe

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.