klik Nuffnang

Thursday, September 2, 2010

Cornflakes madu warna warni


Cornflakes madu warna warni
Sumber; Umie E MYR

Biskut yang bergentel kat bawah tu belum sempat make up lagi...jadi tayang biskut lain dulu. Biskut cornflakes ni buat hari Isnin....ambil cuti sambung terus cuti Hari Kemerdekaan...sempatlah buat biskut.Biskut cornflakes paling mudah ...cepat dan jadi kegemaran anak2. Buat 1/2 kg cornflakes dpt byk jugak...satu balang utk anak2 mkn..dah licin...

Bahan-bahan ( dalam 60-70 cawan mini cookies )
* 250gm cornflakes (kotak kecil)
* 125gm butter (1/2 buku)
* 1/2 cawan gula perang (tambah kalau suka manis)
* 5 sudu makan madu (saya guna golden syrup masa ni sebab tak ada madu)
* manik warna warni untuk hiasan

Cara-cara

1.Campurkan butter dan gula dan masak atas api perlahan hingga gula larut bersama butter
2.cairkan .Kalau guna microwave je dalam masa 2-3 mins tapi kena kacau setiap min)
3.masukkan cornflakes ke dalam adunan yang dah cair dan masukkan madu (masa ni saya guna golden syrup)
4.aduk sampai rata
5.masukkan dalam acuan dan taburkan manik warna warni dan bakar selam 10-15 mins atau sampai dasar kekuningan (jap je tau)





pembantu mama...ada yg sukarela...ada yg paksa rela...sesekali anak lelaki kena jugak kerah ke dapur...jgn malas-malas...

1 comment:

  1. salam mamasya,wahhh cantiknyer biskut cornflakes,sentiasa jadi kegemaran ni tapi special gambar last tu semua budak bujang buat biscuit..a very special moment,jadi kenangan manis nanti.kalau Tia Mia besar sikit lagi memang looking forward nak masak2 dengan dia orang,sekarang kacau jer lebih:) selamat hari raya yer mamasya,minta zahir batin kalau ada terkasar bahasa,esok last day saya kerja,cuti panjang starting next week until 27th september,raya and cuti2 with kenits:)lepas cuti sambung cerita lagi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2