klik Nuffnang

Thursday, September 30, 2010

Chocolate Brownies

Break jap dari gambar2 raya...nanti sambung lagi. Entry kali ni nak tayang brownies yang dibuat semasa open house kat umah. Masa open house tu buat 2 biji...habis.
Brownies masa open house tak sempat posing...masa tetamu dtg., topping baru siap letak...tak sempat make-up cantik2...pakai tabur choc rice aja.

Gambar brownies kat bawah diambil seminggu sebelumnya...baking masa abg Syamil tgh exam UPSR.. nak layan abg Syamil dgn makanan yg dia suka.Utk brownies ni letak cashew nut campur cho chip..kali ni anak2 tak komplen pasal kacang dlm kek...diorg cakap sedap...nanti mama buat lagi...



Ni resepinya kalau nak mencuba. Kalau yg dekat nak tempah dengan mamasyapun boleh....emel mamasya22@yahoo.com

Chocolate Brownies
Sumber babybatriesyia.fotopages, asal Fp k.Roy

Bahan
250 gm butter – cairkan secara double boiler
1 ½ cawan gula castor
Sedikit esen vanila

4 biji telur - letak 5 biji sbb telur kecik
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
¾ cawan serbuk koko
Secubit garam
1 cawan kacang walnut @ apa2 kacang - dipecahkan kecil2 - letak 1/2 cwn cashew nut + 1/2 cwn cho chips.

Cara
Campurkan butter dengan gula castor dan esen vanila. Kita just gaulkan menggunakan whisker. Kemudian masukkan telur sebijik demi sebijik dan kacau biar sebati. Tuangkan tepung gandum, serbuk penaik dan serbuk koko beserta garam. Bakar brownies selama 30-35 minit pada suhu 180'C.

Nota : Acuan yg digunakan agak kecil, rasanya dlm 9 in x 9 in sahaja...dialas dengan kertas minyak.....dan ketinggian acuan sekadar 1 in sahaja....

Tuesday, September 28, 2010

Open house 2010

Assalammualaikum semua...beberapa hari ni sibuk dengan xtvt di rumah dan di pejabat...tak sempat nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan....nanti lapang akan buat kunjungan balas. Terimakasih yang tinggalkan komen.

Sebab apa sibuk di rumah....sbbnya tuan rumah buat persiapan untuk jamuan hari raya di rumah pada hari ahad 26.9.2010 yg baru lepas.2-3 hari sebelumnya tuan rumah dah mula sibuk merancang menu..sbb semua menu masak sendiri ..nasib baik dibantu oleh bibik kami...kalau sorang2 mmg tak mampu nak buat semuanya.

Dah 4 kali tak beraya di sini semasa dok Brunei, jadi ambil kesempatan raya syawal ini kami menjemput rakan sepejabat, jiran-jiran sekeliling dan kawan anak2. Jemputan mula belah petang dari 2-6..tp sampai maghrib masih ada lagi yg dtg...tetap kami raikan. Jiran Cina kami dtg rumah siap bagi angpau...byk2 terimakasih dan terimakasih juga buat semua yang dtg beraya...menyerikan lagi open house kami.Ada yang berseloroh..thn depan kalau buat open house jangan lupa jemput...InsyaAllah kalau ada rezeki...

Tak sempat nak ambil gambar hidangan...nasib baik sempat masak dan hidang bila tetamu sampai. Antara menu yang dihidangkan nasi minyak warna-warni (hujan panas), roti jala, ayam kari, ayam masak merah madu, sambal mangga dan acar. Manakala untuk hidangan berkuah; mee udang, laksa penang dan soto jawa. Ada menu yang siap dimasak pada mlmnya spt laksa penang dan soto. Menu terakhir siap masak tgh harinya ialah ayam masak merah madu. Lain-lain menu rojak sotong,puding cocktail berkuah dan brownies choc dan biskut raya.

Dah pjg berceloteh jom tengok pula gambar tetamu yg sempat diambil....




























































Ni pula belah paginya minta tlg abg2 susun biskut raya dalam balang utk tetamu..upahnya lolipop sorang satu.





Mee udang yang baru masak dalam kuali..sekuali ni habis dihidangkan untuk tetamu.Nasib baik masa raya balik kg, mak hadiahkan kuali besar..senang sikit buat masak. Manakala soto siap untuk dihidangkan buat tetamu...gambar2 lain masakan tak sempat posing.

Friday, September 24, 2010

Beraya Di Kelantan

UPSR dah selesai... abg Syamilpun dah lega..mamapun dah tak payah bising-bising suruh dia study...

Sambung kisah beraya di Kelantan pula. Ptg raya pertama kami bertolak ke Kelantan. Raya kali ni kurang meriah sikit sebab tak sempat beraya dengan abang2 dan adik...jadual pulang kg tak sama..manakala adik giliran beraya di Perak. Namun raya tetap ceria dapat bertemu bersama sanak saudara.

Gambar-gambar yang sempat diambil semasa beraya di Kelantan..



Hidangan di pagi raya ke 2...mak masak nasi dagang lauk kari ayam,gulai ikan tongkol dan gulai udang.Menu tambahan roti jala. Hidangan pagi raya pertama mak masak lontong.



Nenek dgn cucu



Tok Chik, mak dan Syakim



Syakim dgn Syakirah...Syakim tayang biskut cornflakes madu kegemarannya..

Sanak saudara terdekat yang dtg berkunjung dipagi raya ke 2..ada lagi yg berkunjung tp tak sempat ambil gambar..











Sebelah tgh hari bertandang ke rumah ibu sudara....



Al-Fatihah buat arwah bapa saudara yang baru sahaja kembali kerahmatullah sebelum Ramadan yang lalu..

Malamnya ke rumah atok yg terletak sebelah rumah mak....



Sepupu yang tinggal dgn atok menyediakan juadah sate....



Tok Chik tertidur kepenatan setelah seharian beraya melayan anak..cucu..cicit serta sanak saudara. Alhamdullilah Tok Chik masih sihat wpun usia sudah 80 lebih..masih rajin bekerja.suka bergurau dgn cicitnya terutama dgn Syazrin..

Tuesday, September 21, 2010

Beraya Di Trg

Assalammualaikum semua....

Sekadar nak kongsi gambar-gambar beraya di Trengganu pada hari raya pertama...tak sempat nak celoteh panjang...minggu ni sibuk sikit sbb abg Syamil exam UPSR..adik2nya pula ada ujian kelas..tak boleh mengadap PC lama-lama...nanti semua pakat ngadap PC juga.

Layan gambar-gambar yang sempat diambil semasa beraya di Trengganu...gambar makanan lupa nak ambil. Juadah pagi raya thn ni MIL masak laksa lemak ,lain-lain juadah yg ditempah sate,lemang dan nasi dagang Trengganu.



Tok Wan bersama sebahagian cucu..



Tok Wan bersama sebahagian cucu perempuan.



3 dara kenik dgn Tok Wan..



Syakirah dengan sepupu nya



Syakirah dapat duit raya dari Tok Wan..




Beratur tunggu giliran duit raya dari Tok Wan..



Dah selesai sesi bagi duit raya..




Syamil, Syakim dan sepupu mrk...



Lepas sesi beraya di rumah...ramai2 ziarah ke kubur arwah bapa mertua. Al- Fatihah buat arwah Aki...

Di mlm raya...



anak-anak seronok main bunga api...



Next entry beraya di Kelantan pula...

Klik Nuffnang2