klik Nuffnang

Sunday, August 29, 2010

Kerabu Campur Berkacang



Selain kurma buat juga kerabu untuk lauk berbuka. Pada mulanya nak buat somtam sbb ada kacang lebih buat rojak sotong...tp mangga yang dibeli..hanya sebiji saja yg muda...yang lain dah masak. Jadi campurkan karot dan ikan bilis utk bykkan bahan. Sebut je kerabu...tak kira kerabu apa mmg menyelerakan...ratahpun sedap.

Kerabu Campur Berkacang

Bahan
2 biji Mangga muda - kupas kulit racik halus
1 btg karot - racik
2 cili merah-tumbuk kasar/nak pedas guna cili padi
2 sb udang kering- rendam dan tumbuk kasar
sos ikan/garam
1 genggam kacang tanah- goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis - goreng
sedikit gula

Cara
1. Gaulkan semua bahan...campurkan.
2. Siap utk dimkn.

Kurma Ayam (Kerisik)



Anak-anak suka kalau hidang lauk kurma ayam. Biasanya masak kurma versi campak2. Kali ni nak masak ikut resepi.. letak kerisik...

Kurma Ayam (Kerisik)
Sumber; MYR

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

* 500 gm ayam di potong sederhana besar
* 1000ml santan
* 2 biji bawang besar
* 5 ulas bawang putih
* 3cm halia
* 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
* 2 biji kentang besar
* 2 biji cili hijau
* 1 biji bawang besar dibelah empat
* 1 biji tomato dibelah dua
* 1 sudu makan kerisik
* garam, ajinomoto (tak letak)


Cara-cara

1. Bawang besar , b.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.
2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.
3. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.
4. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & ajinomoto.
5. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.

Friday, August 27, 2010

Syabas Abg Syamil !



Hari ni nak citer ttg ayam...tp bukan lauk ayam...kisahnya tgh hari semlm abg Syamil bawa balik 'ayam montel berkasut merah' dan hamper.Abg Syamil dpt kedua-dua hadiah ni kerana memenangi pertandingan menulis esei B.I anjuran KFC.Cikgu dan kawan-kawan sekolahnyapun geram tengok ayam ni.Syabas buat abg Syamil...

Selain itu abg Syamil juga dpt voucher utk sebucket ayam KFC....ptg semlm juga mama dgn abah pergi ambil....mama,abah dan adik2 semua tumpang mkn sama...tk juga buat KFC.


------------------------------------------------------------------------------------
'Ayam montel berkasut merah' ni setinggi Syakirah ...tembam...tu yg buat Syakirah tak sabar-sabar nak peluk ayam ni...



Napa nganga mulut..nanti masuk lalatlah...




Mai Syakirah tolong tutup mulut...


Heiii..geramnyaaaaaa..............

Thursday, August 26, 2010

Rojak Sotong

Selamat Hari Wanita buat teman-teman semua tak kira dimana berada...semoga ceria menjalankan tugas harian di bulan Ramadan ini...samada di pejabat mahupun di rumah.
Hari ni nak kongsi menu rojak sotong...




Buat rojak sotong ni 2 hari lepas....resepi ni pernah ada di dapur satu lagi. Sotong tu pada mulanya beli nak buat sambal sotong....tak jadi sambal..tukar buat rojak. Rojak antara makanan kegemaran...kalau beli kdg2 tak menepati selera..terlalu pedas..tawar. Buat sendiri...letak kacang byk-byk...puas hati mkn...

Rojak Sotong
Sumber ; Resepi.Net

Bahan-Bahan
2 ekor sotong yang telah kembang
1 biji timun
1 ikat kangkung
½ mangkuk kecil kacang tanah yang telah ditumbuk halus
½ mangkuk sos tomato
2 sudu besar petis- ganti dgn 2 sudu kuah rojak buah
2 sudu besar bijan goreng
2 keping tauhu
½ mangkuk cili boh-guna cili kering kisar
1 cawan air
Garam, gula- guna gula melaka dan serbuk perasa secukupnya

Cara
1. Sotong dan kangkung dicelur hingga empuk.
2. Kemudian diangkat, toskan airnya dan dipotong-potong.
3. Tauhu digoreng kemudian dipotong kecil.
4. Tomato sos, cili boh dan petis disatukan dalam periuk kemudian tambah air 1 cawan dan biarkan mendidih.
5. Bila mendidih masukkan separuh dari kacang tumbuk dan bijan kemudian dikacau hingga rata dan mendidih.
6. Masukkan sotong, kangkung, tauhu dan timun di dalam pinggan sesudah itu tuangkan kuah di atasnya dan hidangkan.

Wednesday, August 25, 2010

Ayam Sos Tiram



Rupa ayam sos tiram ni macam ayam masak merah pulak tp bahannya tak letak sos tomato....sebaliknya letak sos tiram...merah sbb letak cili kering. Masak buat lauk berbuka minggu lepas. Ayam nipun tak pedas…sesuai untuk anak-anak…

Ayam Sos Tiram
Sumber; Sajian Perantauan

Bahan
½ ekor ayam – potong kecil
5 sm sos tiram
¼ st serbuk kunyit
1 labu bawang besar – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
3 biji cili merah – kisar (ganti cili kering)
1 cm halia – kisar
1 btg serai – ketuk
2 sudu makan serbuk kari
Minyak utk menumis
1 cwn air
2 biji tomato – ptg 4
Garam secukup rasa

Cara
1. Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit dan sos tiram – mamasya gaul dgn serbuk kunyit saja, goreng separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar dengan serbuk kari.Tumiskan hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan serai,goreng selama 5 minit .Tambahkan sos tiram dan air biarkan menggelegak.
3. Kecilkan api , renehkan hingga kuah pekat. Masukkan tomato dan rasalah garamnya.Kacau sebentar ,angkat.

Tuesday, August 24, 2010

Laksa Nyonya Melaka




Laksa Penang...laksa Kelantan.. laksa Johor..laksa Sarawak..Laksa Siam..semua jenis laksa mmg suka. Kali ni giliran Laksa Nyonya Melaka pula. Masak sebelum Ramadan lagi....suka laksa ni sejak diperkenalkan oleh rakan sepejabat bila makan di Wisma Negeri...tp di Wisma Negeri Laksa Nyonya dimakan dgn bihun. Masak tempoh hari makan dengan laksa basah yang dibeli di pasar...untuk anak2 mrk mkn dgn mee kuning.Anak2pun suka wpun terpedas sikit...lain kali kena kurangkan cili.

Utk bahan, sukatannya agak aja... tak timbangpun.tp resepi penuh spt di bawah.

Laksa Nyonya Melaka
Sumber; SajiOnline

BAHAN A:

200 gm bawang besar
100 gm lengkuas
50 gm kunyit hidup
50 gm belacan
2 batang serai
5 biji buah keras
30 tangkai cili kering - boleh kurangkan ,letak 6 tangkaipun dah pedas..
60 gm udang kering

BAHAN LAIN:

Minyak masak
1/2 kg ayam (potong sederhana besar)
10 ekor udang sederhana besar * tambah kerang,fishball
1 liter santan
250 ml air - boleh tambah
6 keping asam gelugur
3 batang bunga kantan
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN HIASAN:

Timun (potong nipis dan memanjang)
Cili merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
Bawang goreng
Telur rebus * tambah tauhu goreng

CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar semua bahan A dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan ayam dan udang. Biarkan seketika.
3. Tuangkan santan dan sedikit air mengikut keperluan. Setelah mendidih masukkan bunga kantan.
4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah hidangkan dengan pilihan mi ataupun mihun.


Kuah pekat

Monday, August 23, 2010

Daging Masak Ungkep



Menu 8 Ramadan adalah daging masak ungkep. Dah lama simpan resepi masak ungkep ni.Mula-mula sekali tengok di dapur Zaiy...kemudian Dapur MaDihaa...nampak sedap dan bahan2pun ringkas tak letak santanpun,tu yg terus copy tp tertangguh nak buat.
Ubahsuai resepi tambah kerisik sikit..rasanya macam rendang dagingpun ada....sesuai mkn dgn nasi impit di lebaran nanti.

Daging Masak Ungkep Kering
Sumber: Mesra.net copy dari Blog Zaiy

Bahan-Bahan -

Daging/1 ekor ayam kg/ayam pencen(tua)(resepi asal guna ayam)
Bahan-bahan bumbu/rempah

Bahan Kisar:
6 batang serai
1 cm kunyit hidup
Ketumbar 50gm
Jintan manis 50gm
halia 2 ibu jari
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
-----------------------
½ cawan minyak masak
garam / gula secukup rasa
** tambah 1 sb kerisik

Cara:
Daging/Ayam potong ikut suka.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan daging/ayam, air (anggaran untuk kadar melembutkan daging/ayam) ke dalam kuali,
masak secara perlahan utk lembutkan ayam/daging dan tutup kuali tersebut.letak kerisik.
Masak hingga kering...seperti digoreng

Tambahan:
kalau gemar berasa pedas...boleh tambah cili padi.

***Nota dari Zaiy; Untuk pengetahuan, ini bukan cara masak ungkep yg ori sbb saya dah ubah kepeda tumis, kalau yg ori tu tak perlu tumis.

Tapai



Ada peminat tapai tak?..entry kali ni nak tayang tapai yg dibeli beberapa hari lepas...beli bukan buat...belum pernah buat tapai. Selalu beli tapai ni sbb suka tengok bungkusannya...dah dimodenkan.. dari jauh mcm daun pisang tp rupanya kertas..kemas elok dibungkus,tak berairpun...siap sudu.




Jemput makan...manissss..

Saturday, August 21, 2010

Kuewtiaw Kungfu



Kuewtiaw Kungfu dah lama masak dan bukan dlm bulan puasa ni.Tak pernah makanpun Kuewtiaw Kungfu sebelum ni...berkungfu jauh sekali...tp citer2 kungfu Jackie Chan suka gak tengok.Agak2 camna dapat nama Kuewtiaw kungfu tu...ke tukang masak asalnya mmg pakar berkungfu...sapa tau sejarah asalnya...

Kuewtiaw Kungfu
Sumber; Hanis My Resepi

Bahan-bahan ( 1 orang )

* kueh teow
* 2 biji telur
* lada hitam / lada putih
* mix seafood
* lobak
* 1~1setengah sudu besar tepung jagung
* 1 cawan air
* sayur-sayur lain (optional) (sayur2 kat rumah dah abis la pulak)
* 1 ulas bawang putih
* 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
* sos tiram

Cara-cara

1.pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam/ putih di dalam gelas.
2.masukkan keuh teow hingga 3/4 gelas. (dah terlebih masuk kueh teow)
3.tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. ratakan kueh teow supaya menjadi sedikit nipis.
4.balikkan supaya kedua-dua belah masak.
5.masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
# [untuk kuah] tumis bawang putih hingga sedikit perang. kemudian masukkan seafood mix.
# tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
# masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kueh teow tadi. (kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air)

Thursday, August 19, 2010

Ayam Masak Merah Madu



Nasi tomato kat bawah digandingkan dengan ayam masak merah madu....sbb tengok resepi kedua2nya guna tomato puri..senang sekali masak habiskan terus tomato puri.Kalau dah simpan baki tomato entah bila nak guna...silap2 berkulat dalam peti ais.
Anak-anak suka sos ayam masak merah ni...wpun ayam dah habis...sosnya disimpan, mrk makan dengan nasi buat macam kuah...ayam ni tak pedas..manis sikit tu yg anak-anak suka. Terimakasih K.Ummi kongsi resepi ayam ni.

AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : Blog ummizahaidi

Bahan:-
• 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
• 2 sb. rempah kari ayam
• 1 sb. serbuk kunyit
• 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 2 inci halia (ditumbuk)
• 2 labu bawang besar (dikisar)
• 2 sb. cili kering kisar
• 5 sb. madu
• 1 sudu besar gula merah
• 2 sb. puri tomato - letak lebih
• garam secukup rasa
• 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam
2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

nota; tak pasti bawang besar kisar letak masa bila,jadi bawang besar tu ditumis. Manakala bawang potong letak selepas ayam dimasukkan dlm kuali.

Nasi Tomato



Masak Nasi Tomato pada 5 Ramadan.Mkn dengan ayam masak merah dan acar mentah.

Nasi Tomato
Sumber ;My resepi

Bahan-bahan ( 4~5org )
• 4cwn beras(dibersih dan ditoskn)
• 190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)
• 2 kuntum bunga cengkih
• 1/2 kuntum bunga lawang
• 3 biji buah pelaga
• 5 cm kulit kayu manis
• 1 biji bawang besar dicincang
• 160g tomato puree (dlm tin)
• 1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)
• daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional)
• bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia

Cara-cara
1. Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.
2. Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
3. Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit.
4. Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar.
5. Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bwg goreng.




Tip Dari Dapur Mamasya (sumber Sajian Perantau):

**utk memasak nasi tomato dan lain-lain nasi yg guna rempah, susu dll.

1. Sekiranya guna susu, sukatan air (tak termasuk susu) adalah sama dengan beras (1:1)
2.Supaya nasi tak mentah, pastikan periuk ditutup rapat agar wapnya tak terlepas. Caranya selepas mengarih nasi, tutup atas periuk dgn aluminium foil dulu,barulah tudung periuk.Kemudian letak pemberat atasnya spt lesung.Jgn dibuka periuk shingga nasi cukup masak.
3.Nasi jgn dikarih berlebihan agar butir beras tidak patah.

Tuesday, August 17, 2010

Kuih Sagu



Kuih sagu buat utk berbuka pada 5 Ramadan.Sejak puasa baru kali ni buat kuih.Suka kuih yg bersalut kelapa gini.Buat 1/2 dr resepi di bawah...dpt sebekas.Resepi copy dr Fp MadiHaa...tk.

Sumber ; Fp MadiHaa @ Ratna

Bahan2
3 pot sagu halus (guna pot rice cooker)
15 sudu besar gula pasir
6 ½ pot air
2 helai daun pandan (kalau suka)
Sedikit ibu sirap ros (utk dptkan baunya yg wangi & juga kaler)
Pewarna merah secukupnya (kalau nak guna warna lain.. takyah ler masukkan sirap tadi)
½ biji kelapa parut ~ digaulkan dengan sedikit garam lalu dikukus sebentar -

Cara Membuatnya
1. Jerang air bersama daun pandan dalam kuali (yg agak besar) hingga mendidih.
2. Basuh sagu & toskan lalu masukkan sedikit demi sedikit ke dalam air mendidih tadi. Masa masukkan tu lerai2kan sagu agar masaknya nanti sekata & tak berketul2.
3. Kacau sagu dengan api sederhana hingga nampak jernih. Buangkan daun pandan.
4. Tambahkan sirap & pewarna merah secukupnya serta gula pasir tadi.
5. Kacau lagi hingga rata & gula larut.
6. Tuangkan ke dalam loyang & biarkan hingga kuih sejuk.
7. Potong kuih dan golek2kan dalam kelapa parut bergaram tadi.
8. Sedia dihidangkan. Senang jerkan

TIPS : Jangan masukkan gula awal2.. nanti sagu susah nak masak.



Tips dari Dapur Mamasya :
Sekiranya tiada kelapa parut,boleh juga gunakan kelapa kering dgn campurkan sedikit air panas dgn kelapa kering dlm bekas, kacau dan panaskan dlm microwave selama 1 minit. Keluarkan dan kacau rata. Siap boleh guna.

Sup Tulang Aidiladha



Dapur Mamasya salah taip ke salah copy ni...puasa baru masuk seminggu dah masak lauk raya...bukan raya puasa pulak tu tp raya Aidiladha yg lama lagi.Tapi betul tuan rumah tak salah..nama sup tulang ni Sup Tulang Aidiladha. Bahan-bahannya mudah dan Mesra.Net bagi 5 bintang utk resepi ni...itu yang nak cuba.Masak masa hari ke 2 Ramadan...waktu rehat tgh hari balik rumah,rebus tulang dalam slow cooker dulu.Balik ptg dari office baru masukkan semua bahan2 lain. Pelanggan di rumah cakap sedap...anak tanya sahur nanti ada lagi tak sup tulang ni mama..ada..cukup utk sahur.Dapur Mamasya juga bagi 5 bintang.Tak rugi mencuba....


Sup Tulang Aidiladha
Sumber; Mesra.Net

Bahan-Bahan:

1 kg tulang lembu
4 batang serai- diketuk
1 inci lengkuas- diketuk
1 inci halia- diketuk
2 bungkus sup bunjut daging
1 sd besar lada hitam
1 sd teh sebuk lada putih
4 ulus bawang putih- diketuk
1½ sd besar garam kasar
3 sudu gula
sedikit ajinomoto-ganti serbuk pati ayam

bahan untuk tumis:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
½ halia

Bahan-bahan lain:

Daun sup
Daun bawang
bawang goreng

Cara:
1.Tumis bahan tumis sehingga naik bau atau masak.

2.Masukan air dan tulang dan rebus tulang selama 1 jam.

3.masukan sup bunjut, halia, lengkuas, serai, bawang putih yang diketuk, sebuk lada putih, lada hitam, ajinomoto, gula dan garam secukup rasa

4.rebus sup tadi selama 1 jam lagi atau lebih...lagi lama masak lagi sedap...
Cadangan Hidangan:
5.Sup ini sesuai untuk dimakan dengan mihun yang dicelur...
6.taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang
Tambahan:
Jika sup ini tidak dimakan dengan mihun celur boleh ditambah dengan ubi kentang dan lobak merah

Sunday, August 15, 2010

Pulut Kuning rasmi dapur baru..

Oleh kerana ada teman bertanya tak da ke pulut kuning rasmi dapur baru....mamasyapun import segera pulut kuning berhias telur dadar dari dapur lama. Jemput semua jamu mata...nak antopun posmen cuti sebulan balik kg nak buat persiapan raya...hi..hhi.....








PULUT KUNING
Sumber; Fp K.Liza

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.

Menu Iftar 4 Ramadan

4 Ramadan

Hari cuti tak kemana-mana. Asalnya nak bakar ayam...tp tukar plan terasa nak makan ikan bakar pula....guna perencah ikan bakar segera yg MIL bagi, kari ayam permintaan anak-anak dan kerabu tomato & ikan bilis campur dgn kacang botol.Kari ayam antara menu utama setiap minggu di rumah...permintaan anak-anak.



Selain menu di atas goreng jugak kuewtiaw kerang.....mana kerangnya...alahai dah tertimbus ...nampak beberapa kerat je yg timbul...hi.hi....

Menu Iftar 3 Ramadan-Nasi Ayam Madu

3 Ramadan

Nasi Ayam Madu menu berbuka kami sekeluarga. Tak ada idea nak masak apa. Balik tgh hari Jumaat, rebus ayam dan perap dulu. Ptg balik dari office baru goreng dan masak nasi. Rumah dekat dgn office..dlm 10 minit driving. Balik sempatlah kalau nak masak yang ringkas buat berbuka.

Saturday, August 14, 2010

Ikan Bawal Tiga Rasa

Selamat berpuasa semua..... Hari pertama Ramadhan ..... bangun sahur kejutkan hero2 mama...3 org yg berpuasa thn ni. Syafiq no 3 baru pertama kali pertama.... yg susah sikit nak bangun tp setelah dipujuk bangun juga , abg berdua ok .
Hari pertama tak ke mana-mana wpun hari cuti...hanya meronda dapur siber kawan2..... Masak 2-3 jenis juadah untuk berbuka...ditambah dengan baki lauk-pauk semalam yang masih ada...sayang dari membazir.

Sekeluarga suka ikan masak masam manis gini...selalu juga masak ikan 3 rasa sebelum ini tp kali ni cuba resepi dari blog Teratak Dayang .....sedap...terimakasih tuan resepi....minta izin c&p di sini.

Sumber ; Blog Teratak Dayang_Jack

Bahan-bahan :


* 1 ekor ikan bawal hitam (digoreng hingga masak)
* 1 labu bawang besar (dihiris dadu)
* 3 biji bawang merah (dihiris)
* 2 ulas bawang putih (dihiris)
* 1/2 inci halia (dihiris)
* 1 batang serai (diketuk)
* 3 helai daun limau purut
* 10 biji cili padi (dihiris)
* sos cili secukupnya
* sos plum @ sos tomato
* sedikit sos ikan
* 1 sb sos tiram
* 2-3 sb sos cili thai
* sedikit bancuhan tepung jagung
* hirisan nanas, epal, tomato, timun, cili benggala dsb

Cara-cara :

1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, serai, bawang putih, bawang merah, cili padi, daun limau purut dan halia hingga wangi.
2. Kemudian masukkan sedikit air dan semua bahan sos secukupnya. Boleh tambah garam dan gula jika suka.
3. Seterusnya, masukkan tomato, nanas, timun, epal dan cili benggala. Kacau seketika. Kemudian, tuangkan sedikit bancuhan tepung jagung utk memekatkan kuah. Tak letak pun tak mengapa.
4. Setelah masak, angkat dan tuangkan kuah tadi ke atas ikan yg sudah digoreng.
5. Hidangkan.

Sambal Daun Tempoyak


Tempoyak daun ni rancangnya nak masak week end sebelumnya sbb ada stok tempoyak yang buat sendiri tp tak jadi tertangguh hingga hari puasa. Resepi jumpa di dapur MaDiha. Masak 1/2 dari resepi dan tambah tempe sikit. Menu sesuai kepada penggemar tempoyak.....






SAMBAL DAUN a.k.a TEMPOYAK DAUN KAYU

Sumber;copy dari Fp Madiha@Ratna, resepi asal Blog Mat Gebu...t.kasih kedua2nya....

BAHAN-BAHANNYA
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus - letak beberapa helai..ada sepokok dpn rumah
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus - tak letak
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus - tak letak
7 helai daun kunyit, buang tulang tengahnya & dimayang halus
3/4 cawan isi petai
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa
2 cawan air - tambah

Bahan2 Kisar
5 batang serai, dihiris halus
2 inci kunyit hidup
3 camca besar tempoyak - lebihkan lagi sedap
1/2 cawan cili padi - campur dgn cili hijau

**tambah sekeping tempe

CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan,tempe dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus serta 2 cawan air, gaul rata dan tambah garam secukup rasa.
3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....

Pengat pisang

Utk juadah manis berbuka...masak pengat pisang..ni juadah yang tak pernah miss kalau bulan puasa. Untuk pekat kan kuah tambah sikit biji sagu....

bahan
4 biji pisang – belah tengah
2 sb sagu-siram air & toskan
1 cawan air
1 ½ cwn santan sed pekat – ½ pkt santan debu + air
Gula Melaka secukupnya
Daun pandan

Cara
1. Rebus air, mendidih masukkkan sagu . Kacau sagu
2.Sagu kembang masukkan gula melaka,daun pandan dan santan
3. Bila mendidih masukkan pisang.kacau seketika..jgn lama nanti pisang lebu.siap

Klik Nuffnang2